Simpan emas cara mudah dengan Public Gold

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold serta Konsul Kehormat Kazakhstan di Pulau Pinang, Dato' Wira Louis Ng Chun Hau (tiga dari kanan), bersama Pengarah Urusan Aurora Italia, Datin Wira Yvonne Lim (tiga dari kiri) bergambar bersama usahawan Public Gold di Pesta Pulau Pinang pada 28 Disember 2024 lalu di hadapan Public Gold ATM

A
A
A

PULAU PINANG – Syarikat perdagangan logam berharga terkemuka di Malaysia, Public Gold mahu mengubah cara rakyat Malaysia memiliki dan menyimpan emas dengan lebih mudah.

Syarikat ATM Emas nombor satu di Malaysia yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, kini mencuri perhatian pengunjung dalam Pesta Pulau Pinang 2024/2025 yang berlangsung dari 21 Disember lalu hingga 2 Februari depan.

Pesta Pulau Pinang 2024/2025 merupakan karnival mega yang dinanti-nantikan terutamanya bagi masyarakat tempatan. Tapak Pesta Sungai Nibong kini dimeriahkan dengan sambutan selama 44 hari yang penuh gemilang.

Tahun ini, Pesta Pulau Pinang melakar sejarah penting bagi Public Gold, apabila para pengunjung berpeluang melihat secara dekat tiga Public Gold ATM, yang ditampilkan secara eksklusif dalam pesta kali ini.

Public Gold ATM ini memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membeli emas jongkong dan dinar dengan hanya beberapa langkah mudah, menjadikan simpanan emas lebih mudah diakses oleh semua.

No Image Caption

Ditubuhkan pada tahun 2008 di Pulau Pinang yang penuh warna-warni, kini Public Gold telah berkembang daripada sebuah kedai dengan keluasan sederhana kepada sebuah kuasa besar dalam industri perdagangan emas. Syarikat ini telah berkembang ke 26 pusat perkhidmatan di seluruh negara dan memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 1.55 juta pelanggan di Malaysia dan luar negara.

Berasaskan inovasi, kepercayaan, dan kecemerlangan, Public Gold secara aktif memperluaskan jejaknya di seluruh Asia Tenggara dan Dubai, secara tidak langsung mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pasaran emas global.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold serta Konsul Kehormat Kazakhstan di Pulau Pinang, Datuk Wira Louis Ng Chun Hau, berkata, pelancaran Public Gold ATM adalah satu anjakan paradigma dalam landskap simpanan emas.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan pemilikan emas bukan sahaja lebih mudah pada masa kini tetapi menarik, pantas dan selamat di samping menonjolkan kepentingannya sebagai pilihan simpanan jangka panjang yang lebih stabil,"katanya.

Public Gold ATM kini mendapat perhatian ramai dimana para pelanggan sedang mencuba pengalaman baharu membeli emas secara mudah dan pantas melalui mesin ini.
Public Gold ATM kini mendapat perhatian ramai dimana para pelanggan sedang mencuba pengalaman baharu membeli emas secara mudah dan pantas melalui mesin ini.

Public Gold ATM, inovasi pertama seumpamanya di Malaysia, bukan sahaja mengeluarkan jongkong emas dalam pelbagai saiz, dari sekecil - kecil wafer emas 0.25 gram (g) dengan pelbagai rekaan menarik sehingga dalam bentuk jongkong emas seberat 10g.

Selain itu, bagi pengumpil tegar dinar emas, turut ditampilkan dalam denominasi seperti ¼ Dinar (1.0625g emas berketulenan 999.9), ½ Dinar (2.125g emas berketulenan 999.9), dan 1 Dinar (4.25g emas berketulenan 999.9). Produk emas ini sangat sesuai untuk simpanan dan koleksi peribadi, menampilkan rekaan eksklusif seperti Edisi Masjid, Bulan - bulan Islam dan pelbagai lagi.

Artikel Berkaitan:

Kumpulan pegawai Angkatan Tentera Malaysia bersemangat mendalami ilmu simpanan emas bersama Public Gold. Kesedaran tentang pentingnya emas sebagai aset kini semakin meluas.
Kumpulan pegawai Angkatan Tentera Malaysia bersemangat mendalami ilmu simpanan emas bersama Public Gold. Kesedaran tentang pentingnya emas sebagai aset kini semakin meluas.

Public Gold telah menempatkan lebih daripada 50 mesin ATM Emas di seluruh Malaysia, di lokasi-lokasi utama dan tarikan pelancong seperti lapangan terbang antarabangsa, pejabat kerajaan, pasar raya besar, dan pusat membeli-belah utama.

Dengan sasaran untuk memperluaskan ke 200 Public Gold ATM di seluruh negara, Public Gold berhasrat untuk membawa simpanan emas kepada setiap rakyat Malaysia, memastikan kemudahan dan aksesibiliti.

Sorotan Acara

Pesta Pulau Pinang menjadi lebih istimewa dengan kehadiran Datuk Wira Louis Ng, yang beramah mesra dengan pelanggan dan pengunjung Public Gold di Booth Public Gold. Ini adalah peluang istimewa bagi para pengunjung untuk bertemu dengan pemimpin berpandangan jauh ini yang merupakan tunggak di sebalik kejayaan luar biasa Public Gold dan mempelajari teknik pemilikan emas melalui produk inovatif terkini syarikat terutamanya Public Gold ATM.

Usaha keras usahawan Public Gold mengetengahkan keunikan ATM Emas yang mampu membeli jongkong dan wafer emas dengan cara yang lebih mudah, pantas dan selamat khusus buat jutaan pengunjung Pesta Pulau Pinang tahun ini.

Bersempena dengan Tahun Baru 2025, dan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Public Gold juga melancarkan wafer emas 1g (berketulenan 999.9) bertemakan Tahun Baru Cina, dengan Rekaan Unggul Tahun Ular Edisi Terhad, yang direka khas bagi pengumpul tegar wafer emas bertemakan Tahun Baru Cina. Ramai pengunjung yang tidak melepaskan peluang bagi memiliki koleksi ini telahpun membuat pembelian di Public Gold ATM terutamanya di Pesta Pulau Pinang.

Para pelanggan dan pengunjung boleh menikmati pengalaman unik yang merangkumi perkongsian pendidikan mengenai simpanan emas oleh Usahawan Public Gold, peluang secara langsung untuk mengeluarkan jongkong emas terus dari Public Gold ATM revolusi terkini, serta gabungan inovasi dan kelestarian budaya.

Pengunjung Pesta Pulau Pinang mengambil peluang membeli emas menerusi Public Gold ATM
Pengunjung Pesta Pulau Pinang mengambil peluang membeli emas menerusi Public Gold ATM

Pesta Pulau Pinang, yang telah lama menjadi pusat budaya dan inovasi, terbukti menjadi platform yang ideal untuk Public Gold berinteraksi dengan masyarakat dan mempamerkan kemajuan inovatif dalam simpanan emas.

Kemeriahan booth Public Gold di Pesta Pulau Pinang yang menonjol berjaya menarik ramai pengunjung, mencipta suasana yang penuh dengan semangat dan keterujaan.
Kemeriahan booth Public Gold di Pesta Pulau Pinang yang menonjol berjaya menarik ramai pengunjung, mencipta suasana yang penuh dengan semangat dan keterujaan.

Jangan lepaskan peluang emas ini! Sertai kami di Pesta Pulau Pinang 2024/2025, Booth No. 3A untuk rasai sendiri pengalaman membawa pulang jongkong emas pertama anda!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi kami di www.publicgold.com.my atau ikuti kami di media sosial:

Facebook: Public Gold ATM

Instagram: @publicgoldatm_official

TikTok: @publicgoldatm_official

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!