Jurugambar tidak mengaku cederakan dua pereka fesyen Datuk Vida
10 Januari 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang jurugambar bebas yang tular mencederakan dua pereka fesyen kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya pada Jumaat, atas dua pertuduhan mencederakan mangsa di sebuah hotel, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Muhammad Imran Khairil, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Farah Azura Mohd Saad.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #PukulperekaFesyen #Vida #pukul