Gus Miftah buat kemunculan semula, akui trauma dengan teh ais

Gus Miftah bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri ceramahnya pada Sabtu. Foto Agensi
Gus Miftah bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri ceramahnya pada Sabtu. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA- Pendakwah kontroversi Miftah Maulana Habiburrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah kembali menjadi tumpuan umum selepas tampil memberi ceramah seperti sebelum ini.

Media tempatan melaporkan, Gus Miftah yang hampir sebulan tidak mengadakan aktiviti itu, kembali mengadakan ceramah perdana di Pondok Pesantren Ora Aji, Sleman, Yogyakarta pada Sabtu lalu sekitar jam 7 malam waktu tempatan.

Mengakui berat dugaan yang dilalui selepas insiden penghinaannya terhadap penjual teh ais, beliau berkata, dirinya masih 'tidak kuat' untuk menyampaikan ceramah seperti kelaziman.

"Insiden yang berlaku sebelum ini menjadi pelajaran besar bagi saya untuk kekal merendah diri dan bersyukur, saya masih canggung untuk memberikan ceramah," katanya semasa menyampaikan ceramah bertajuk Mujahadah Dzikrul Ghofilin tu.

Dalam ceramah yang sama beliau turut mengakui bahawa beliau trauma dengan minuman teh ais.

"Jika diberikan kopi saya minum, tetapi diberikan teh ais saya trauma," katanya.

Gus Miftah, seorang penceramah terkenal meletakkan jawatan sebagai Utusan Khas Presiden selepas video yang menunjukkan beliau menghina seorang penjual teh ais semasa ceramah di Magelang, Jawa Tengah bulan lalu, mendapat kritikan meluas. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!