Banjir: Dua laluan di Kota Tinggi ditutup kepada kenderaan ringan

Laluan di Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, berhampiran Simpang Sungai Mas hanya dibuka kepada kenderaan berat. - Foto: IPD Kota Tinggi
Laluan di Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, berhampiran Simpang Sungai Mas hanya dibuka kepada kenderaan berat. - Foto: IPD Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI - Dua laluan di daerah ini ditutup kepada kenderaan ringan susulan dinaiki air akibat hujan lebat sejak pagi Jumaat.

Laluan terbabit ialah Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, berhampiran Simpang Sungai Mas dan Jalan Bandar Penawar-Tanjung Balau, berhampiran Ladang Siang.

Perkara itu dimaklumkan Polis Daerah Kota Tinggi menerusi akuan Facebooknya petang ini dan menasihatkan orang ramai menggunakan laluan alternatif lain dan tidak bertindak meredah air banjir bagi mengelak sebarang risiko.

Anggota dari Balai Polis Bandar Penawar membuat pemantauan di Kampung Baru Sungai Mas, Bandar Penawar.- Foto IPD Kota Tinggi
Anggota dari Balai Polis Bandar Penawar membuat pemantauan di Kampung Baru Sungai Mas, Bandar Penawar.- Foto IPD Kota Tinggi

Menurutnya, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti akan membuat kawalan lalulintas di kedua-dua laluan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit dan Jalan Bandar Penawar-Tanjung Balau ditutup bagi kegunaan semua jenis kenderaan ringan dan hanya dibuka bagi kegunaan kenderaan berat sahaja buat sementara waktu.

"Kenderaan ringan dinasihatkan menggunakan jalan alternatif laluan Bandar Mas-Lok Heng melalui Felda Sungai Mas. Pengguna jalan raya yang memasuki laluan Bandar Penawar-Tanjung Balau dari persimpangan lampu isyarat E22 pula akan dilencongkan keluar melalui Jalan Kenanga, Taman Sri Penawar," katanya.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan tahap berterusan tahap bahaya di seluruh negeri Johor membabitkan semua 10 daerah, sejak pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!