Rasuah LKP: APAD serah siasatan penuh kepada SPRM

Agensi Pengangkutan Awam Darat
Agensi Pengangkutan Awam Darat
A
A
A

SHAH ALAM - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berkaitan kes rasuah kelulusan Lesen Kenderaan Perdagangan (LKP).

APAD menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai perkara tersebut tetapi tidak mahu memberi sebarang kenyataan kerana dibimbangi akan mengganggu siasatan.

"Merujuk kepada laporan media hari ini yang memetik kenyataan Ketua Pengarah APAD, Datuk Azlan Shah Al Bakri perlu dijelaskan dan mesej sebenar yang ingin disampaikan adalah APAD menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM dalam melaksanakan siasatan.

"APAD akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak mahu sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan yang sedang berjalan," katanya pada Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan, APAD menegaskan bahawa kakitangannya tidak terbabit dengan pemalsuan Surat Tawaran Kelulusan (STK) dan Surat Kelulusan Lanjut Usia (SKLU) untuk mendapatkan LKP yang dijalankan oleh ejen atau syarikat.

Menurut Azlan Shah, media perlu mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada agensi penguatkuasaan iaitu SPRM untuk maklumat lanjut.

Respons itu selepas SPRM pada Khamis menahan Pengarah APAD, antara lapan ditahan terbabit rasuah lulus LKP.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!