Objek berkelajuan tinggi kelihatan di langit selatan Ethiopia

Objek itu dilaporkan dikesan sekitar 7.30 malam waktu tempatan dan mungkin merupakan serpihan angkasa atau meteor. Foto Agensi
Objek itu dilaporkan dikesan sekitar 7.30 malam waktu tempatan dan mungkin merupakan serpihan angkasa atau meteor. Foto Agensi
A
A
A

ADDIS ABABA - Objek yang bergerak dengan kelajuan tinggi dilihat di langit selatan dan tenggara Ethiopia, lapor Anadolu Agency (AA) memetik kenyataan Persatuan Sains Angkasa Ethiopia pada Jumaat.

Objek itu dilaporkan dikesan sekitar 7.30 malam (waktu tempatan) dan mungkin merupakan serpihan angkasa atau meteor, menurut kenyataan organisasi itu.

"Ketika kami menyiasat situasi ini dengan lebih dekat untuk menentukan sifat kejadian ini, kami meminta semua pihak agar kekal tenang dan memberi jaminan bahawa kami akan memberikan maklumat terkini sebaik sahaja kami mempunyai lebih banyak maklumat,” menurut kenyataan itu.

Kejadian berlaku ketika Agensi Angkasa Kenya masih menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah objek berbentuk cincin logam besar yang jatuh ke negara itu pada 30 Disember lepas.

Cincin yang berukuran hampir 8 kaki (2.4 meter) lebar dan seberat 1,100 paun (kira-kira 453 kilogram) itu jatuh dari langit di perkampungan Mukuku di daerah Makueni timur.

Bagaimanapun, Agensi Angkasa Kenya pada Rabu mengenal pasti objek besar itu berkemungkinan cincin pemisah daripada roket yang dilancarkan, menurut United Press International (UPI). - Bernama-AA

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!