Wei Chong-Kai Wun hanya perlu 31 minit ke separuh akhir

Wei Chong (kanan) dan Kai Wun akan berdepan pasangan China dalam aksi separuh akhir Terbuka Malaysia di Bukit Jalil pada Sabtu. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB
Wei Chong (kanan) dan Kai Wun akan berdepan pasangan China dalam aksi separuh akhir Terbuka Malaysia di Bukit Jalil pada Sabtu. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan momentum positif Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 apabila mara ke pusingan separuh akhir.

Dalam saingan suku akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, gandingan negara itu membenam cabaran Christo Popov-Toma Junior Popov dari Perancis secara straight set.

Menerusi sokongan padu ribuan penonton, Wei Chong-Kai Wun memulakan langkah kanan apabila menang 21-15 pada set pertama.

Bagaikan tiada belas ihsan ke atas pasangan ke-29 dunia itu, gandingan negara yang menghuni kedudukan ke-14 dunia mengesahkan kemenangan 21-11 dalam masa 31 minit permainan.

"Puas hati dapat keluarkan corak permainan sendiri, namun ia boleh ditambah baik lagi," ujar Kai Wun.

Kemenangan tersebut membolehkan Wei Chong-Kai Wun melebarkan jurang kemenangan kepada 2-0 ke atas adik beradik itu.

Menanti mereka dalam aksi separuh akhir pada Sabtu ialah pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi yang menumpaskan Lane Ben-Vendy Sean dari Denmark 21-17, 21-17.

Wei Chong-Kai Wun bagaimanapun melihat saingan separuh itu sebagai sengit dan tekad cuba yang terbaik.

Artikel Berkaitan:

"Mereka lawan yang hebat mempunyai kepantasan dan kekuatan. Jadi kami perlu betul-betul bersedia," kata Wei Chong.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!