Fayadh julang Kedah di Darul Aman

Fayadh meraikan jaringan bersama pemain Kedah semasa melayan kunjungan Kelantan dalam aksi Liga Super di Alor Setar pada Jumaat. Foto Liga Bolasepak Malaysia
Fayadh meraikan jaringan bersama pemain Kedah semasa melayan kunjungan Kelantan dalam aksi Liga Super di Alor Setar pada Jumaat. Foto Liga Bolasepak Malaysia
A
A
A

GOL tunggal jaringan Fayadh Zulkifli Amin, 26, membolehkan Kedah Darul Aman mengatasi Kelantan Darul Naim, 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Jumaat.

Pengendali sementara Kedah, Victor Andrag menurunkan kesebelasan terbaik yang diketuai Arif Farhan Md Isa manakala Kelantan bimbingan Park Jae-hong meletakkan Irwan Syazmin Wahab mengemudi pasukan.

Skuad Kenari ternyata menguasai permainan apabila lebih banyak mengatur serangan yang akhirnya menyaksikan Fayadh menterjemahkan peluang menerusi rembatan minit ke-17 untuk gol pertama.

Separuh masa kedua perlawanan, Victor memasukkan Ebenezer Assifuah menggantikan Milos Gordic dalam usaha mempertajamkan jentera penyudah pasukan tersebut.

Tonggak Kedah, Syafiq Ahmad diasak pemain Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Foto Bernama
Tonggak Kedah, Syafiq Ahmad diasak pemain Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Foto Bernama

Jae-hong turut melakukan perubahan taktikal apabila memasukkan pemain tengah, Ashraff Alifuddin Yasin bagi menggerakkan lagi jentera serangan.

Tiga mata diraih Kedah menyaksikan pasukan itu mengumpul 20 mata manakala Kelantan kekal dengan tujuh mata selepas mengharungi 17 perlawanan liga.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, Kedah akan berdepan PDRM FC dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 18 Januari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!