Rundingan perjanjian air Malaysia-Singapura perlu dibuat sekarang

Dr Azizan
Dr Azizan
A
A
A

SHAH ALAM - Rundingan semula perjanjian air antara Malaysia dan Singapura yang akan berakhir pada tahun 2061 perlu dibuat sekarang jika Malaysia mahu mendapatkan keuntungan daripada pembekalan air itu dan bukan menunggu perjanjian berakhir pada tahun tersebut.

Felo Penyelidik Kanan Institut Sains Bumi dan Samudra Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, Singapura akan melaksanakan beberapa rancangan untuk memastikan mereka dapat menyediakan 100 peratus bekalan air kepada rakyat republik itu pada 2061 nanti.

"Pada saya, kalau kita nak buat negosiasi dalam keadaan lebih untung, kita kena buat sekarang, bukan pada tahun 2061 kerana pada 2061 ia (Singapura) akan buat beberapa rancangan agar 100 peratus air dapat dibekalkan sendiri.

"Bagaimanapun, Singapura memerlukan lebih banyak air untuk menampung populasi rakyatnya seramai tujuh juta orang pada 2060. Itu kekangannya... unjuran 2060 rakyatnya bertambah kepada tujuh juta orang, jadi mereka kena tambah mungkin sebanyak 400,000 juta liter air sehari," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri 158 bertajuk 'Perjanjian air Malaysia-Singapura: Siapa rugi, siapa untung?' di Bangunan WUI, Kompleks Karangkraf di sini malam tadi.

Dalam wacana itu, Dr Azizan diundang sebagai panelis bergandingan bersama Pakar Undang-undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir serta Pengerusi Kongres Rakyat Negeri Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil manakala moderatornya ialah Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!