Rakyat tertipu terima borang bantuan palsu
Ketuanya, Datuk Sazmi Miah berkata, borang permohonan tersebut dikesan pihaknya sejak seminggu yang lalu yang mana diedarkan di peringkat kampung-kampung.
Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab tersebut bukan hanya memburukkan nama Bersatu tetapi juga mengecewakan penduduk terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan.
"Pihak kami (Bersatu) tidak pernah mengeluar dan mengedarkan borang tersebut dan berharap orang ramai tidak tertipu dengan 'permainan' mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
"Jika benar ada bantuan seumpama itu disediakan, kami akan bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengenal pasti mereka yang layak dan tidak akan sewenang-wenangnya menyebarkan begitu sahaja," katanya kepada Sinar Harian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!