HPM kesan waris mayat warga emas

Rahimah Md Ariffin
Rahimah Md Ariffin
A
A
A

PASIR MAS - Jabatan Forensik Hospital Pasir Mas (HPM) memohon kerjasama orang ramai membantu mengesan waris seorang wanita yang meninggal dunia pada 14 Februari lalu.

Wanita berkenaan, Rahimah Md Ariffin meninggal dunia pada usia 70 tahun di kaki lima sebuah kedai emas di sini pada jam 4 petang.

Pengarah HPM, Dr Norhana Mohamed Fadzil berkata, alamat terakhir warga emas berkenaan ialah Lot 403, Belakang Taman Bahagia Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.

"Buat masa ini, jenazah warga emas berkenaan berada di Unit Forensik HPM," katanya.

Menurutnya, HPM memohon kerjasama orang ramai yang mengenali mangsa supaya datang segera ke Unit Forensik HPM untuk tindakan lanjut.

Katanya, mereka juga boleh menghubungi talian 09-7932300 jika mempunyai maklumat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!