Kedai suami Ketua Wanita MCA Bahagian Rasah disimbah cat

Andy menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kedainy disimbah cat merah.
Andy menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kedainy disimbah cat merah.
A
A
A

SEREMBAN - Kedai milik suami kepada Ketua Wanita MCA Bahagian Rasah, Yap Siok Moy disimbah dengan cat merah oleh individu tidak dikenali hingga mangsa kerugian hampir RM10,000.

Andy Chong, 42, yang menjalankan perniagaan penjenamaan syarikat, berasa hairan dengan kejadian itu dan percaya individu yang melakukan perbuatan itu mungkin tersilap premis.

"Saya menyedari kejadian ini sekitar jam 9 pagi ketika hendak memulakan operasi perniagaan. Seluruh keliling kedai saya dipenuhi cat merah. Masalahnya, saya tidak pernah membuat sebarang pinjaman kepada mana-mana ah long.

"Ada kemungkinan mereka yang melakukan perbuatan ini salah tempat, kerana saya juga tidak mempunyai mana-mana musuh serta tidak bergaduh dengan sesiapa,"katanya ketika ditemui di kedainya, hari ini.

Tambahnya, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku selama dia menjalankan perniagaan sejak tahun 2009.

Katanya, dia dan isterinya yang juga tidak pernah melakukan sebarang pinjaman luar, atau bertengkar dengan mana-mana pihak.

"Saya tak pasti siapa yang membuat perbuatan khianat ini. Saya harap individu yang melakukan perbuatan ini ditangkap sekali gus dikenakan tindakan undang-undang,"katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!