MAIJ bina 32 unit rumah transit bantu asnaf

Tosrin (tengah, duduk) bergambar bersama penerima kunci rumah transit Baitul Rahmah, Kampung Tenglu.
Tosrin (tengah, duduk) bergambar bersama penerima kunci rumah transit Baitul Rahmah, Kampung Tenglu.
A
A
A

MERSING - Sebanyak 32 unit rumah transit Baitul Rahmah dibina Kampung Tenglu di sini oleh Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ) dalam usaha membantu golongan asnaf yang memerlukan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, rumah transit berkenaan dibina di atas tanah kerajaan dengan keluasan tanah kira-kira lima ekar.

Menurutnya, sebanyak RM3.5 juta wang zakat yang dikeluarkan orang ramai digunakan untuk membina rumah transit Baitul Rahmah tersebut.

"Setiap rumah transit ini berkeluasan 600 kaki persegi dilengkapi dengan tiga bilik, satu bilik air, ruang tamu dan dapur.

"Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pembayar zakat kerana atas jasa pembayar zakat inilah kita dapat melaksanakan skim bantuan ini,"katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Permai berkata demikian, ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Transit Baitul Rahmah Majlis Agama Islam Negeri Johor, semalam.

MAIJ berjaya mengutip semua jenis zakat pada jumlah yang memberangsangkan pada tahun 2019.

Wakil rasmi Pegawai Eksekutif Maij, Khirul Nizam Md Said berkata, jumlah kutipan zakat pada tahun lepas cukup memberangsangkan.

Artikel Berkaitan:

"MAIJ berjaya mengutip sejumlah RM287.2 juta zakat harta, sementara kutipan zakat fitrah berjumlah RM19.9 juta.

"Kutipan ini menyaksikan sebanyak RM307.2 juta zakat harta dan fitrah secara keseluruhan berjaya dikumpulkan sepanjang tahun lalu,"katanya.

Tambahnya, bagi agihan pula berjaya disampaikan kepada golongan asnaf berjumlah RM262.9 juta sepanjang tahun berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!