Pihak pembelaan dan pendakwaan berbalas jeritan

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. -Foto Bernama
Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sesi pemeriksaan semula terhadap bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad di Mahkamah Tinggi hari ini 'tegang' seketika apabila pihak pembelaan dan pendakwaan saling berbalas jeritan ketika prosiding.

Ini berlaku apabila Timbalan Pendakwaraya Datuk Seri Gopal Sri Ram menyoal Madinah berkenaan sama ada tertuduh, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menidakkan jawatan Datuk Rizal Mansor yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai khasnya.

Madinah menjawab Rosmah tidak membantah ketika Rizal berkata demikian dan memperkenalkan diri kepadanya.

Peguambela, Datuk Akberdin Abdul Kader bagaimanapun membangkitkan bantahan dengan mengatakan bahawa Sri Ram telah menyoal Madinah hanya untuk mendapatkan jawapan dikehendakinya.

Bagaimanapun Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa kejadian yang dirujuk beliau berlaku ketika Rosmah ada bersama ketika itu.

Bagaimanapun peguambela utama, Datuk Jagjit Singh berdiri dan membantah soalan itu dengan nada yang tinggi.

Ini menimbulkan kemarahan Sri Ram yang berpaling kepada Jagjit dan memberitahunya supaya tidak menjerit kepadanya.

"Jangan jerit pada saya!"

Artikel Berkaitan:

Jagjit bagaimanapun menjerit sekali lagi kepada Sri Ram dan menjawab “sebab kamu pekak!"

Berikutan itu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan mencelah dan memberitahu Jagjit supaya bertenang dan sesi pemeriksaan balas diteruskan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!