Dua nelayan maut hidu gas bocor
SABAK BERNAM - Dua nelayan asing maut manakala dua lagi cedera selepas terhidu gas belum dikenal pasti yang bocor di dalam sebuah bot pukat tunda di Jeti Nelayan Jalan 4 Bagan Sekinchan di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, dalam kejadian jam 2.50 petang itu, identiti kedua-dua mangsa warga asing belum dikenal pasti dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kedua-dua pekerja yang maut manakala dua lagi pengsan selepas dipercayai terhidu gas yang bocor dari peti ais tempat simpanan baja ikan dalam bot nelayan terbabit," katanya.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat sementara dua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!