Pekerja sosial curi dana kerajaan RM70 juta

Britta Nielsen dituduh menggelapkan dana kerajaan Denmark bernilai RM70.40 juta. - Foto Agensi
Britta Nielsen dituduh menggelapkan dana kerajaan Denmark bernilai RM70.40 juta. - Foto Agensi
A
A
A

COPENHAGEN - Sebuah mahkamah di Denmark menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun setengah terhadap seorang bekas kakitangan awam kerana menggelapkan dana kerajaan bernilai AS$17 juta (RM70.40 juta).

Britta Nielsen ditahan di Johannesburg, Afrika Selatan pada November 2018 dengan wang tunai dan didakwa memindahkan RM70.40 juta dana negeri untuk golongan miskin ke dalam akaunnya sendiri dalam tempoh lebih 25 tahun sehingga 2018.

Nielsen, 65, yang berkhidmat dengan Kementerian Hal Ehwal Sosial selama lebih 40 tahun sehingga penangkapannya mengaku wang tersebut dibelanjakan untuk membeli kuda dan sebuah rumah di Afrika Selatan.

Peguam Nielsen yang menyalahkan pihak berkuasa dalam proses perbicaraan kerana kurang pengawasan terhadap sejumlah besar dana kerajaan bagaimanapun memberitahu tidak akan membuat rayuan untuk hukuman itu.

Keputusan tersebut diikuti skandal cukai kerajaan dan kes pengubahan wang haram melibatkan peminjam terbesar Denmark, Danske Bank.

Ketiga-tiga kes itu menyumbang kepada penurunan kepercayaan orang ramai terhadap kepimpinan yang selama ini menjadi salah satu negara paling kurang rasuah di dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!