Emma Maembong pilih juruterbang jadi suami

- Foto Zaidi Mohamad
- Foto Zaidi Mohamad
A
A
A

PELAKON Emma Maembong, 27, akhirnya sah menjadi suri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada jam 11.58 pagi tadi.

Menerusi majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong dan sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz, lapor Berita Harian Online.

Pasangan itu disatukan di hadapan 300 tetamu itu, termasuklah adik-beradik Emma seperti Chacha Maembong, rakan artis lain yang hadir adalah Mawar Rashid, Alvin Chong, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.

- Foto Instagram Ezuwan Ismail
- Foto Instagram Ezuwan Ismail

Pada majlis akad nikah tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 dan senaskhah al-Quran, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.

Pasangan ini belum merancang destinasi berbulan madu dan tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak secepat mungkin.

Pada 6 Mac depan, majlis berinai akan dianjurkan. Sehari selepas itu, pasangan ini akan diraikan pada majlis resepsi di Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!