Wanita Argentina mahu hak gugur janin

Ribuan wanita Argentina berkumpul di Buenos Aires bagi mendesak pengguguran bayi sah di sisi undang-undang. - AFP
Ribuan wanita Argentina berkumpul di Buenos Aires bagi mendesak pengguguran bayi sah di sisi undang-undang. - AFP
A
A
A

BUENOS AIRES - Ribuan wanita kebanyakannya membawa skarf hijau yang menjadi simbol gerakan hak menggugurkan kandungan di Argentina, berhimpun di Buenor Aires semalam bagi berkempen untuk rang undang-undang (RUU) baharu menjadikan pengguguran sah di sisi undang-undang.

Dua tahun lalu, RUU sama dibawa tetapi tidak mendapat undi mencukupi di negara konservatif di Amerika Selatan itu.

Namun, kumpulan feminisme kini menagih janji Presiden berhaluan kiri, Alberto Fernandez yang sebelum ini berikrar untuk mengutamakan RUU baharu tersebut.

Pada Jun 2018, satu RUU untuk membenarkan pengguguran bayi diluluskan di Dewan Rendah tetapi tidak diluluskan di Senat susulan tekanan daripada gereja Katolik Roman.

Di tanah air kelahiran Pope Francis itu, menggugurkan bayi boleh dikenakan hukuman empat tahun penjara.

Undang-undang di Argentina hanya membenarkan pengguguran dalam kes rogol atau jika kandungan itu membahayakan nyawa ibu. – AFP

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!