Tip atasi singki busuk

MASALAH sinki berbau busuk dapat diatasi hanya menggunakan tiga bahan yang terdapat di dapur.
MASALAH sinki berbau busuk dapat diatasi hanya menggunakan tiga bahan yang terdapat di dapur.
A
A
A

ADAKAH anda pernah mengalami situasi sinki mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan? Usah bimbang kerana hanya dengan menggunakan tiga bahan di dapur masalah tersebut dapat diatasi.

Menerusi laman sosial Facebook misalnya, pemilik akaun bernama Rosie Zam telah berkongsi langkah mudah untuk mengurangkan bau busuk dari lubang sinki.

"Selepas pulang membeli seekor ayam, saya letakkan ia di dalam sinki untuk dibersihkan. Tiba- tiba terbau sesuatu kurang enak dari lubang sinki.

"Alamak, sudah lama tak membersihkan lubang sinki, sebab itu naik bau busuk. Justeru, saya terus jerang air di dalam periuk. Kemudian, ambil soda bikarbonat dan cuka putih yang memang ada di dalam kabinet dapur," jelas beliau dalam satu kenyataan yang dimuatnaik menerusi laman sosial peribadinya.

Justeru, hari ini Femina kongsikan tip yang dipraktikkan oleh Rosie Zam. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

- 1/2 cawan soda bikarbonat

- 1/2 cawan cuka

Artikel Berkaitan:

- Air mendidih

Langkah-langkah:

1) Jerang air di dalam periuk.

2) Tuangkan soda bikarbonat ke dalam lubang sinki.

No Image Caption

3) Kemudian, tuang pula cuka putih dan biarkan kira-kira 15 minit.

No Image Caption

4) Selepas itu curahkan air yang mendidih ke dalam lubang sinki tersebut.

No Image Caption

5) Masalah dapat diatasi.

Sumber: Facebook @rosiezam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!