Menteri di Indonesia cadang orang kaya kahwini golongan miskin
JAKARTA - Menteri Koordinasi Pembangunan Manusia dan kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy mencadangkan agar orang kaya di negaranya perlu mengahwini golongan berpendapatan rendah bagi mengurangkan kadar kemiskinan negara tersebut.
Muhadjir berkata, Indonesia memiliki populasi masyarakat Muslim paling ramai, pengajian agama supaya mencari pasangan sesuai dan setara untuk sesebuah perkahwinan sering disalah tafsirkan, lapor The Jakarta Post.
Beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan mendedahkan data kerajaan, jumlah bilangan isi rumah miskin di negara itu kira-kira 5 juta.
"Bilangan isi rumah Indonesia ialah 57.1 juta, 9.4 peratus atau 5 juta daripadanya dikategorikan sebagai miskin.
"Sekiranya ditambah kepada isi rumah hampir miskin, kira-kira 16.8 peratus atau kira-kira 15 juta isi rumah," kata Muhadjir seperti yang dilapor tempo.co.
Katanya, apa yang berlaku, sekiranya orang miskin mencari sekufunya untuk mendirikan perkahwinan.
"Apa akan berlaku jika orang miskin mencari (pasangan) dengan orang miskin? Akan terdapat banyak lagi isu rumah yang miskin. Ini adalah masalah di Indonesia," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Kerja Kesihatan Nasional di Jakarta.
Dalam pada itu, peningkatan kemiskinan juga selari dengan peningkatan penyakit tekanan, oleh itu mengeluarkan fatwa untuk membolehkan perkahwinan seperti itu boleh menjadi jalan penyelesaian.
Beliau mencadangkan Menteri Hal Ehwal Agama, Fachrul Razi mengeluarkan fatwa yang mengarahkan 'orang miskin perlu melihat kepada orang kaya untuk berkahwin dan begitulah sebaliknya.
Namun di Indonesia, mengeluarkan Fatwa bukannya tanggungjawab menteri tersebut kerana fatwa biasanya dikeluarkan oleh organisasi Islam termasuk Majlis Ulama Indonesia (MUI) selepas kajian komprehensif dilakukan oleh Suruhanjaya Fatwa atau pakar-pakar agama dan ulama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!