[VIDEO] Restoran nasi kandar popular kena kompaun

Pegawai MBPP menunjukkan bangkai tikus yang dijumpai di sebuah kedai runcit di Jalan Gudwara.
Pegawai MBPP menunjukkan bangkai tikus yang dijumpai di sebuah kedai runcit di Jalan Gudwara.
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Sebuah restoran nasi kandar terkenal dikompaun kerana didapati tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan selepas pemeriksaan dijalankan oleh pasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Restoran yang terletak di Jalan Gudwara itu dikenakan dua kompaun atas kesalahan menyimpan tepung di atas lantai dan telur rebus tidak dibasuh dengan bersih.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Pelesenan MBPP, M Bawani berkata, restoran itu dikenakan kompaun sebanyak RM160 bagi kedua-dua kesalahan itu.

"Bahan makanan iaitu tepung disimpan di atas lantai yang mana ia kesalahan utama dan telur rebus tidak dibasuh dengan bersih.

"Telur rebus itu didapati masih ada bekas kotor dan telur yang dikopek juga masih ada sisa kotoran," katanya kepada media selepas Operasi Penutupan Establisymen Makanan Siri 3/2020 Bahagian Pelesenan MBPP di sekitar negeri ini tadi.

Pegawai MBPP sedang memeriksa sisa bahan masakan (minyak) di restoran nasi kandar dalam operasi tadi.
Pegawai MBPP sedang memeriksa sisa bahan masakan (minyak) di restoran nasi kandar dalam operasi tadi.

Menurutnya, pemeriksaan dan pemantauan susulan akan dilakukan ke atas premis itu bagi memastikan langkah pembersihan dan penambahbaikan dijalankan oleh pengendali restoran terbabit.

Dalam operasi sama, Bawani berkata, dua buah restoran dan sebuah kedai runcit diarahkan tutup selepas pihak penguat kuasa menjumpai najis dan bangkai tikus sekitar dapur premis tersebut.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sebanyak lima premis makanan dan sebuah kedai runcit telah diperiksa dan tiga daripadanya diarahkan tutup selama 14 hari.

"Kita telah periksa lima premis makanan iaitu satu di Pulau Tikus dan empat di Jalan Gudwara yang mana sebuah kedai runcit juga diperiksa di jalan sama. Restoran di Pulau Tikus diarahkan tutup selepas kita menjumpai najis tikus di stor yang diletakkan peralatan masak.

"Selain itu, kita juga mendapati stor tersebut sebenarnya adalah sebuah tandas lama.

"Sementara itu, sebuah kedai runcit juga diarahkan tutup selepas kita menjumpai bangkai tikus di tempat menyimpan barangan manakala sebuah restoran lagi didapati berada dalam keadaan kotor," katanya.

Pegawai MBPP menunjulkan najis tikus yang dijumpai di salah sebuah restoran dalam operasi tadi.
Pegawai MBPP menunjulkan najis tikus yang dijumpai di salah sebuah restoran dalam operasi tadi.

Beliau berkata, sebanyak tujuh kompaun bernilai RM560 dikeluarkan dalam operasi tersebut.

"Sejak 1 November tahun lalu sehingga hari ini, lapan operasi telah dijalankan iaitu 28 premis telah diperiksa. 21 daripadanya diarah tutup dan 33 kompaun berjumlah RM2,500 telah dikeluarkan.

"Kita akan berterusan menjalankan operasi dari masa ke semasa untuk memastikan premis makanan mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!