Audio konspirasi: Najib, Rosmah beri keterangan di Bukit Aman esok

Najib dan Rosmah akan memberi keterangan berhubung kes rakaman audio di Bukit Aman esok.
Najib dan Rosmah akan memberi keterangan berhubung kes rakaman audio di Bukit Aman esok.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan hadir ke Bukit Aman esok untuk memberi keterangan berhubung siasatan susulan pendedahan klip audio oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

"Ya saya sahkan perkara itu, Insya-ALLAH kedua-dua mereka (Najib dan Rosmah) akan hadir dalam jam 10 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman audio: Najib, Rosmah akan dipanggil beri keterangan

[VIDEO] SPRM bongkar audio konspirasi jenayah libatkan Najib, Rosmah

'Bukan marah, ia perbualan biasa' - Najib

"Siasatan akan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, pada 8 Januari lalu, SPRM mendedahkan nama 20 individu termasuk Najib, Rosmah dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang dirakam perbualannya, sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Artikel Berkaitan:

Senarai itu yang turut membabitkan beberapa tokoh kenamaan asing, diperoleh daripada sembilan set rakaman perbualan 45 minit diperdengarkan SPRM pada satu sidang media.

Semua rakaman perbualan yang didedahkan itu dipercayai berlaku di antara 5 Januari hingga 29 Julai 2016, diperoleh SPRM awal tahun ini daripada entiti tidak didedahkan, tetapi agensi antirasuah itu yakin rakaman terbabit adalah tulen.

Kemudian, pada 15 Januari, polis telah merekod keterangan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan lima pegawai suruhanjaya itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!