Amanah buat laporan polis isu fitnah Salahuddin

Abdullah (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat ke atas pemilik akaun Facebook 'Dulu Kini dan Selamanya' di Balai Polis Skudai di sini petang tadi.
Abdullah (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat ke atas pemilik akaun Facebook 'Dulu Kini dan Selamanya' di Balai Polis Skudai di sini petang tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook 'Dulu Kini dan Selamanya' yang didakwa memuat naik hantaran berunsur fitnah ke atas Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Ketua Amanah Kawasan Pulai, Abdullah Ideris berkata, Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagaimana dimuat naik pengguna Facebook terbabit pada 15 Februari lalu.

Salinan laporan polis yang dibuat Amanah Kawasan Pulai.
Salinan laporan polis yang dibuat Amanah Kawasan Pulai.

"Saya mohon pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook tersebut melalui kuasa undang-undang yang telah diberikan bagi membersihkan diri Yang Berhormat menteri dan juga imej sebagai wakil rakyat (Ahli Parlimen Pulai)," katanya.

Abdullah berkata, tindakan pemilik akaun Facebook terbabit juga boleh mengelirukan dan memecahkan kemakmuran masyarakat serta mewujudkan tanggapan negatif khalayak terhadap pemimpin tersebut.

Terdahulu, Abdullah bersama beberapa ahli Amanah Kawasan Pulai membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Skudai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, di sini petang tadi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!