Demam Lassa ragut lebih 100 nyawa di Nigeria

Demam Lassa merebak melalui najis atau air kencing tikus spesies Mastomys.
Demam Lassa merebak melalui najis atau air kencing tikus spesies Mastomys.
A
A
A

LAGOS - Angka korban akibat demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 103 orang, kata pihak berkuasa kesihatan.

Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC) dalam laporannya semalam berkata, jumlah kes yang disahkan meningkat dari 115 minggu lalu kepada 586 kes di seluruh negara.

NCDC berkata, kematian terbaru dicatatkan di hub ekonomi Lagos.

Menurutnya, mangsa disahkan positif wabak berkenaan pada 17 Februari lalu dan telah dirawat di wad isolasi sebuah hospital kerajaan.

“Seramai 63 orang yang mungkin bersentuhan dengan pesakit terbabit telah dikenal pasti dan kesemua mereka sedang dipantau,” kata NCDC di Twitter.

Demam Lassa yang dinamakan sempena sebuah kampung di timur laut negeri Borno di mana ia dikesan buat kali pertama pada tahun 1960-an, merebak melalui najis atau air kencing tikus spesies Mastomys.

Gejala penyakit itu termasuk sakit kepala, pening, sakit tekak, batuk, mual, muntah, sakit dada dan hilang pendengaran.

Tiada vaksin ditemui bagi mencegah penyakit itu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!