Tengku Abdullah berjiwa rakyat
KUANTAN - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sememangnya layak mengantikan ayahandanya, Sultan Ahmad Shah.
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, semasa baginda memangku jawatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah ternyata seorang yang berjiwa rakyat dan profesional dalam urusan pentadbiran negeri.
"Secara peribadinya, saya menyokong penuh lantikan baginda sebagai Sultan Pahang.
"Semoga ALLAH memberkati baginda dan keluarga. Daulat Tuanku," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!