Anak Dayangku Intan meninggal dunia
SHAH ALAM - Anak kepada artis popular akhir 80-an, Dayangku Intan, Wanku Intan Syarafana Rosman, 23, meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan hati pagi ini.
Khabar duka itu dikongsi Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid melalui akaun Facebooknya.
"Assalamualaikum sahabat semua anak kesayangan saya pulang kepada penciptanya, Ya ALLAH Kau pinjamkan 23 tahun padaku syukur," katanya.
Wanku Intan Syarafana yang juga anak ketiga dilahirkan tanpa hempedu iaitu Biliary Artresia dan mempunyai parut di hati.
Allahyarham menjalani pemindahan hati yang didermakan adiknya, Wanku Mohd Ruknuddean di Hopsital Selayang awal Februari lalu.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!