Papar harga petrol negara Asean di stesen minyak 'tidak masuk akal'

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan kerajaan mengarahkan semua stesen minyak di negara ini memaparkan harga petrol di negara-negara Asean.

Sambil menyifatkan tindakan berkenaan tidak masuk akal, Najib turut mendakwa kerajaan PH itu juga tidak pernah berhenti memainkan propaganda.

Dalam status terbaharu di laman sosialnya, Ahli Parlimen Pekan itu turut memaparkan salinan surat yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang dikongsi daripada Facebook Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berhubung arahan terbaharu itu.

"Mengikut arahan itu, paparan harga mesti jelas dan ketara serta dikemas kini setiap minggu.

"Apa faedah yang rakyat dapat dengan arahan?. Rakyat Malaysia tidak isi minyak di Kemboja pun. Atau pun rakyat boleh pilih untuk isi minyak dari Myanmar?.

"Mereka terus membuat keputusan -keputusan tidak masuk akal serta menyusahkan rakyat,"katanya.

Selain itu, salinan surat yang tidak meletakkan negara Brunei dalam senarai harga petrol perlu dipaparkan turut mendapat perhatian bekas perdana menteri berkenaan.

"Apabila paparan ini mula naik di stesen, tidak mustahil jika ada rakyat yang akan tampal sticker (pelekat) untuk harga di Brunei.

Artikel Berkaitan:

"Ada juga rakyat baik hati dan rela membantu kerajaan PH yang mungkin terlupa bahawa Brunei masih antara negara di Asean.

"Ada yang mungkin tampal sticker (pelekat) 'mana pergi janji minyak RM1.50'?,"katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!