Wanita Umno buat 4 laporan polis terhadap Moorthy

Wanita Umno Tanjong Karang bangkit membantah cadangan ratifikasi ICERD.
Wanita Umno Tanjong Karang bangkit membantah cadangan ratifikasi ICERD.
A
A
A
TANJONG KARANG - Sebanyak empat laporan polis dibuat Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang terhadap kenyataan berbaur fitnah dan hasutan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, hari ini.

Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof menjelaskan, menteri yang memegang portfolio perpaduan itu tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah jahat.

"Dalam video yang tular itu, beliau cuba menimbulkan ketegangan kaum dan menanam sikap benci terhadap kerajaan selain memburukkan nama negara di mata dunia.

"Beliau turut mengeluarkan kenyataan palsu yang mengatakan kaum India mengalami diskriminasi di bawah pentadbiran kerajaan BN sebelum ini. "Beliau menggambarkan seolah-olah negara menghadapi pencabulan hak asasi manusia yang kronik walhal semua itu fitnah semata-mata," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Serikandi Wanita Parlimen Tanjong Karang, Nor Azizah Ahmad berkata, pihaknya mahu individu terbabit disiasat di bawah Akta Hasutan atau undang-undang berkaitan.
Artikel Berkaitan:


"Tindakan tegas wajar diambil sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba menghasut atau menabur fitnah sehingga mengancam perpaduan kaum.

"Sudah pastinya wanita Parlimen Tanjong Karang akan bangkit membantah cadangan ratifikasi ICERD itu kerana jelas bertentangan dengan perlembagaan negara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!