Rakyat bangga dengan Sultan baharu
KUANTAN - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh menyifatkan pelantikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang yang baharu satu kebanggaan bagi rakyat negeri ini.
Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, rakyat memang tertunggu-tunggu keputusan mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang semalam.
“Sebagai rakyat Pahang sudah tentu kita bangga dan berdiri teguh di belakang baginda.
“Kalau ada rezeki, rakyat akan lebih bangga sekiranya tuanku dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!