Pelanggan terkejut diserbu ketika hisap shisha
TUMPAT - Pelanggan yang sedang leka menghisap shisha di sebuah kedai makan terkejut apabila diserbu penguat kuasa Majlis Daerah Tumpat (MDT) malam tadi.
Dalam serbuan jam 12 malam di Wakaf Bharu itu, penguatkuasa MDT merampas tujuh peralatan menghisap shisha.
Yang Dipertua MDT, Rosnazli Amin berkata, pihaknya merampas peralatan tersebut dan tindakan tegas dikenakan kepada peniaga.
Katanya, peniaga terbabit didenda RM500 mengikut Seksyen 109 Akta 171 Kerajaan Tempatan.
"Selain peralatan shisha, pihaknya merampas tiga buah meja, 11 kerusi dan tong gas.
"Terdapat kira-kira 20 pelanggan ketika serbuan itu," katanya.
Rosnazli berkata, operasi ini dengan kekuatan anggota penguatkuasa seramai 15 orang termasuk seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa bagi mengekang kegiatan penjualan shisha yang tidak dibenarkan mengikut peraturan kerajaan negeri.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!