Satu kerinduan rakyat kepada bekas PM, yang banyak jasa...

Antara momen Najib bersama masyarakat pagi tadi.
Antara momen Najib bersama masyarakat pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkongsian momen bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakyat ketika menyantuni mereka di Pasar Muhibbah Taman Nirwana Ampang, hari ini, di laman Facebook rasminya, menarik perhatian ramai netizen.

Yang menariknya, momen gambar yang menunjukkan Najib dipeluk erat oleh seorang lelaki berusia menerima komentar netizen yang nyata terkesan dengan perkongsian gambar tersebut.

"Satu kerinduan rakyat kepada bekas Perdana Menteri yang banyak jasa," demikian respon Joyah Lejen.

Kata, Zadariah Ismail pula ,"Dulu dia dibenci dihina sekarang di sayang yang benar tetap benar janji ALLAH itu pasti ada".

Manakala menurut, Sakina pula berkata, gambar itu menzahirkan sesuatu yang sungguh membahagiakan.

"Amboi, Tok yang pakai kopiah putih itu nampak 'happy gila'," katanya.

Sementara itu menurut, Zailani Ahmad pula berkata, "Allahuakbar, masa yang terluang diisi dengan bertemu rakyat, Datuk Seri Najib Razak orang yang hebat,".

Manakala menurut Fatimah Ibrahim pula berkata, momen itu sebagai satu bukti rakyat rindu kepada bekas Perdana Menteri itu.

Artikel Berkaitan:

"Bukti rakyat rindu," katanya.

Pagi tadi Najib meluangkan masa melawat pasar itu kira-kira sejam.

Beliau yang tiba di Pasar Muhibbah itu kira-kira pada jam 9 pagi disambut oleh penduduk tempatan yang sedang bersarapan di situ.

Dalam lawatan itu Najib mengambil sama lebih kurang sepuluh minit untuk berswafoto dengan penduduk dan peniaga di situ.

Selepas itu, Najib bersarapan bersama-sama dengan penduduk Taman Nirwana sambil menikmati hidangan nasi lemak dan kuih-muih.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!