Kerajaan pantau kemasukan pelancong China

 Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto BERNAMA
Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto BERNAMA
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan terus memantau perkembangan kes koronavirus (Covid-19) sebelum membuat keputusan menyekat kemasukan pelancong China ke negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, setakat ini penularan Covid-19 masih terkawal dan belum mencapai tahap serius.

"Jadi kita melihat keadaan sebelum kita membuat keputusan mengenai pelawat Cina yang datang ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini malam tadi.

Dr Mahatir berkata demikian apabila ditanya mengenai kemungkinan kerajaan akan menyekat secara menyeluruh kemasukan pelawat China susulan perkembangan semasa Covid-19 di China sekarang.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, buat masa ini kerajaan memutuskan tidak ada keperluan untuk mengenakan larangan menyeluruh terhadap semua pelawat dari China.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya pagi semalam, beliau berkata, satu mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi mengenai Covid-19 membuat ketetapan tersebut semalam.

Bagaimanapun, langkah-langkah saringan di pintu masuk negara akan diperketatkan.

ARTIKEL BERKAITAN Covid-19: Tiada sekatan terhadap kemasukan rakyat China

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!