Pemandu teksi maut langgar lembu

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam nahas di Lebuh Raya CSR, Lipis kelmarin.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam nahas di Lebuh Raya CSR, Lipis kelmarin.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pemandu teksi maut apabila kereta dipandunya melanggar seekor lembu sebelum terbabas ke dalam longkang di Kilometer 29, Lebuh Raya CSR, Lipis malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa, Lim Kok Hoi, 56, beralamat di Pandan Perdana, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, mangsa yang memandu teksi jenis Toyota Innova dipercayai dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melanggar seekor lembu menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.

"Mangsa yang tersepit dalam kenderaannya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala," katanya.

Keadaan kereta mangsa yang remuk akibat melanggar seekor lembu di Lebuh Raya CSR, Lipis kelmarin.
Keadaan kereta mangsa yang remuk akibat melanggar seekor lembu di Lebuh Raya CSR, Lipis kelmarin.

Kamarulzaman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!