Dua kilang diarah tutup, lepas sisa kimia dalam parit

Sisa kimia yang dilepaskan terus ke parit awam.
Sisa kimia yang dilepaskan terus ke parit awam.
A
A
A

RAWANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan dua kilang di Taman Industri Integrasi Rawang ditutup selepas dikesan melepaskan sisa kimia terus ke parit.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, melalui operasi Khamis lalu, lesen pemilik premis ditarik selain dikenakan kompuan sebanyak RM1, 000 selaras dengan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Menurutnya, pemeriksaan juga mendapati kualiti air pelepasan akhir berada pada bacaan pH 2 iaitu dalam kategori berasid.

"Dinding kilang juga didapati terhakis dikhuatiri menyebabkan runtuhan dan menjejaskan kilang bersebelahan," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurutnya, satu sesi perbincangan antara pihak kilang dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Gombak akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"MPS mengingatkan pengusaha kilang mematuhi syarat pengurusan sisa kimia dan operasi kilang bagi mengelakkan tindakan yang lebih berat dikenakan ke atas mereka," katanya.

Operasi berkenaan diketuai oleh Jabatan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS serta beberapa jabatan dalaman MPS dan JAS Gombak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!