Suspek kes tetak kakak direman tujuh hari

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang suspek lelaki yang dipercayai menetak kakaknya sehingga maut dengan menggunakan parang di Jinjang Utara di sini pada Jumaat lepas direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shamugamoorthy Chinniah berkata, suspek direman semalam sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Polis masih menyiasat kejadian itu,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes berkenaan selepas menyertai aktiviti senam aerobik pada program cergas pagi bersama Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Selangor di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati tiada unsur sakit mental dialami suspek.

Kelmarin, seorang wanita maut dipercayai ditetak adik kandungnya angkara tidak berpuas hati dengan soal pemilikan rumah di Jinjang Utara di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tetak kakak sampai mati angkara rebut rumah

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya akan memberi fokus terhadap 63 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur bagi menangani masalah kecurian, gejala sosial dan membanteras pengedaran dadah.

"Polis akan terus mengadakan program seumpama ini dalam usaha untuk menurunkan kadar jenayah di samping memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai trend jenayah terkini bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penjenayah," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!