Keunikan taman awam nilai tambah ekopelancongan Putrajaya: Khalid

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad (tiga dari kiri) melepaskan burung sebagai simbolik perasmian Putrajaya Park's Day bertempat di Taman Wawasan, Presint 2 di sini hari ini. - Foto Bernama
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad (tiga dari kiri) melepaskan burung sebagai simbolik perasmian Putrajaya Park's Day bertempat di Taman Wawasan, Presint 2 di sini hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Keunikan taman-taman awam dengan kepelbagaian ciri dan konsep memberi nilai tambah kepada Putrajaya sebagai destinasi ekopelancongan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata, dengan promosi yang tersusun, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu boleh ditonjolkan sebagai destinasi tumpuan selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 yang turut menekankan aspek ekopelancongan.

"Kepelbagaian flora dan fauna yang dihasilkan menerusi konsep pembangunan bandar raya taman di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan merupakan satu komponen yang perlu ditonjolkan untuk menggamit kehadiran pengunjung.

"Dengan prasarana tersebut, Putrajaya kini terkenal sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf dunia yang telah membantu melonjakkan lagi sektor pelancongan di wilayah ini, antaranya Floria Diraja Putrajaya dan Kejohanan Sukan Air Antarabangsa," katanya semasa merasmikan Putrajaya Park's Day di Taman Wawasan di sini hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad melepaskan burung sebagai simbolik perasmian Putrajaya Park's Day bertempat di Taman Wawasan, Presint 2 di sini hari ini. - Foto Bernama
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad melepaskan burung sebagai simbolik perasmian Putrajaya Park's Day bertempat di Taman Wawasan, Presint 2 di sini hari ini. - Foto Bernama

Khalid berkata, kepelbagaian fauna, khususnya burung dan serangga yang semakin meningkat sejak Putrajaya dibangunkan juga boleh menjadi tarikan yang mampu menggamit kehadiran peminat burung.

Putrajaya Parks Day merupakan inisiatif oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan yang terdapat di taman-taman awam di Putrajaya bagi tujuan riadah dan rekreasi.

Penganjuran kali keduanya hari ini dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 3,000 pengunjung.

Artikel Berkaitan:

Ia juga merupakan satu daripada inisiatif di bawah Pelan Induk Masyarakat Sejahtera Putrajaya 2018-2020 dan Pelan Strategik Putrajaya 2016-2020 dalam merakyatkan taman-taman awam di Putrajaya, meningkatkan kehadiran pengunjung serta menjadikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan unggul dan berdaya saing. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!