Cabaran negara pada Masters Sepanyol berakhir

Gandingan beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meneruskan kecemerlangan mereka dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$170,000 (RM712,456) itu.
Gandingan beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meneruskan kecemerlangan mereka dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$170,000 (RM712,456) itu.
A
A
A

CABARAN Malaysia pada Kejohanan Badminton Masters Sepanyol berakhir selepas wakil negara termasuk satu pasangan beregu, tewas kepada lawan masing-masing dalam perlawanan separuh akhir di Barcelona, Sepanyol pada Sabtu.

Gandingan beregu negara yang juga pasangan pilihan kedua, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meneruskan kecemerlangan mereka dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$170,000 (RM712,456) itu, setelah tewas 16-21 dan 22-24 kepada pasangan pilihan keempat Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen.

Ia merupakan kekalahan ketiga mereka kepada pasangan Denmark itu daripada tujuh pertemuan.

Sementara itu, pemain perseorangan profesional negara Liew Daren turut menghadapi nasib sama selepas tumpas 10-21 dan 19-21 kepada pasangan dari Denmark yang juga beregu pilihan utama dan nombor lima dunia, Viktor Axelsen.

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam laman sesawang www.bwfbadminton.com, Kim dan Anders akan bertemu pasangan pilihan utama Lee Yang dan Wang Chi-Lin pada final hari ini selepas beregu dari Taiwan itu menundukkan rakan sepasukan mereka, gandingan pilihan ketujuh, Lu Ching Yao dan Yang Po Han; 21-14 dan 21-16.

Sementara itu, Axelsen akan berhadapan dengan Kunlavut Vitidsarn dalam perlawanan akhir selepas pemain Thailand itu menewaskan Ajay Jayaram dari India; 22-20 dan 21-12.

Kejohanan itu diadakan di Pusat Sukan Olimpik Vall D’Hebron. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!