Tun M hanya senyum, tak beri komen

Dr Mahathir meninggalkan bangunan itu kira kira jam 2.50 petang.
Dr Mahathir meninggalkan bangunan itu kira kira jam 2.50 petang.
A
A
A

PETALING JAYA - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad hanya senyum saat ditanya mengenai perbincangan dalam pertemuan pimpinan utama parti itu di Menara Yayasan Selangor hari ini.

Beliau meninggalkan bangunan itu kira kira jam 2.50 petang disusuli Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Pengerusi Bersatu Johor, Dr Maszlee Malik serta Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Tiada sebarang temu bual (media),” kata ringkas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu itu sebelum beredar.

Sementara itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditemui media turut mengambil pendekatan 'kunci' mulut berhubung pertemuan tertutup bersama Dr Mahathir.

Terdahulu, Dr Mahathir tiba kira-kira jam 9 pagi diiringi Muhyiddin sebelum memulakan mesyuarat bermula jam 11 pagi yang berlarutan sehingga jam 2.45 petang.

Media mula memenuhi pekarangan lobi bangunan ibu pejabat Bersatu itu seawal jam 9 pagi lagi.

Di kem PKR pula, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dijangka membuat sidang media sekitar jam 3 petang ini di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Spekulasi kedua-dua pemimpin kanan PKR itu bakal meninggalkan parti berkenaan sedang bertiup kencang dalam kalangan ahli politik.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini, beberapa pemimpin kanan PKR yang dilihat setia dengan Mohamed Azmin sedang bermesyuarat di hotel mewah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin, Zuraida buat pengumuman besar petang ini?

Sementara itu, Majlis Tertinggi Umno juga dipercayai mengadakan pertemuan di ibu pejabat parti itu kira-kira pukul 3 petang hari ini.

Sejak semalam UMNO telah mengadakan pemukiman bersama pemimpin PAS di kemudahan latihan Umno di Janda Baik, Pahang.

Semalam, Pas membatalkan hasrat untuk membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen ekoran daripada keputusan terbaharu berhubung peralihan kuasa oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, usul itu tidak lagi relevan selepas ketetapan yang dilakukan itu telah berjaya menghentikan percubaan untuk menukar Perdana Menteri dengan cara yang tidak demokratik.

ARTIKEL BERKAITAN: Peralihan kuasa terpulang kepada saya, kata Tun M

Sidang media Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Jumaat lalu. - Foto IZARI ROSLI
Sidang media Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Jumaat lalu. - Foto IZARI ROSLI

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!