NLFC-MAHSA teruskan kemaraan

Aksi pemain NLFC-MAHSA dan Harini KS FC.
Aksi pemain NLFC-MAHSA dan Harini KS FC.
A
A
A

KELAB yang berpengkalan dari Perlis, Northern Lions Football Club (NLFC)-MAHSA meneruskan kemaraan ke Pusingan Kedua Piala FA selepas menyingkirkan Harini KS FC 1-0 di Stadium UPM, Serdang semalam.

Jaringan tunggal pemain tengah, Khairul Affandi Azaimi pada minit-27 sudah cukup memastikan NLFC-MAHSA untuk bergelar pemenang ke atas Harini KS FC dalam aksi yang cukup sengit dan mendebarkan.

Harini KS FC yang menguasai sebahagian besar permainan terlepas peluang menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada babak kedua yang gagal disempurnakan Metha Apingi Viblo.

Ketua jurulatih NLFC-MAHSA, Azamri Zali, memberikan pujian terhadap semangat juang yang dipamerkan oleh pemain-pemainnya walaupun turun tanpa kelibat bintang utama, Faiz Subri yang mengalami kecederaan.

"Saya tahu kami berdepan lawan yang punyai reputasi besar kerana memiliki ramai berpengalaman namun selepas 20 minit permainan,saya tahu kami boleh menang pada aksi hari ini.

"Disiplin serta semangat juang dipamerkan pemain-pemain cukup terpuji dan saya bangga terhadap apa mereka pamerkan.

"Kami meletakkan matlamat untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir Piala FA dan perkara itu boleh menjadi satu sejarah besar jika NLFC-MAHSA mampu melakukannya," katanya.

Dalam pada itu, jurulatih Harini KS FC, Dusan Momcilovic, merasakan faktor tuah tidak menyebelahi pasukannya walaupun mereka telah mempamerkan prestasi yang baik berbanding lawan.

Artikel Berkaitan:

"Ada kalanya perkara ini terjadi dalam bola sepak, kami telah bermain mengikut apa yang dihendaki tetapi tuah tidak bersama kami.

"Kekalahan ini tidak akan mengganggu perancangan utama dalam menghadapi saingan di Liga M3 malah masih yakin dengan barisan pemain yang saya miliki setakat ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!