Doa Mufti Wilayah Persekutuan buat Malaysia

Nota bertulis tangan oleh Mufti Wilayah Persekutuan di Facebooknya.
Nota bertulis tangan oleh Mufti Wilayah Persekutuan di Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuat naik status di Facebooknya mengenai situasi kini yang berlaku di Malaysia dan menyerahkan segalanya kepada ALLAH SWT.

“Bismillahirrahmanirrahim... Doaku semoga ALLAH SWT kurniakan kepada Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga para pemimpin diberi taufik, hidayah dan sabar.

“Ya ALLAH kurniakan kepada kami rasa cintakan negara kukuhkan perpaduan kami,” tulisnya.

Tindakan beliau memuat naik status berkenaan menimbulkan tanda tanya warganet.

Status berkenaan dipercayai merujuk kepada tindakan beberapa parti besar 'sibuk' mengadakan mesyuarat khas di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Bentong seolah-olah ada pengumuman penting dalam masa terdekat melibatkan gabungan politik baharu untuk Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Sidang media di Hotel Sheraton jadi tumpuan

20 kenderaan VIP masuk Istana Negara petang ini

Tun M hanya senyum, tak beri komen

Artikel Berkaitan:

Melalui status itu beliau turut memuat naik gambar nota bertulis tangan serta namanya.

Tidak sampai satu jam status itu menerima lebih 12,000 tanda suka dan 1,500 perkongsian.

“Amin... lain macam Datuk punya kenyataan (statement) petang ini, adakah kerajaan baharu untuk Malaysia?,” tulis Amir Ya.

Ahmad Kamarudin pula menulis, status yang ditulis mufti seolah-olah ada sesuatu isu yang besar berlaku.

“Kalau mufti sudah memuat naik macam ini mesti ada sesuatu isu besar... semoga apa pun yang berlaku memberi manfaat kepada rakyat,” komennya.

Azaluddin Mohd turut meninggalkan komen, "Dengan apa yang berlaku hari ini bersamalah mengaminkan doa Zulkifli.

“Sempena drama politik besar petang ini marilah kita mengaminkan doa mufti ini,” tulisnya di ruangan komen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!