12 jam tanpa sidang media rasmi

Warga media berkumpul di Hotel Shareton sejak jam 8 pagi.
Warga media berkumpul di Hotel Shareton sejak jam 8 pagi.
A
A
A

PETALING JAYA - Selepas lebih 12 jam menunggu di Hotel Shareton di sini warga media ditinggalkan dengan persoalan yang tidak terjawab secara rasmi.

Tiada sebarang sidang media mahupun pengumuman dibuat berhubung penjajaran baharu politik seperti yang digembar-gemburkan sejak pagi tadi.

Warga media berkumpul di Hotel Shareton sejak jam 8 pagi lagi susulan maklumat berlangsungnya mesyuarat tertutup melibatkan kem Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beberapa pemimpin parti itu dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat juga turut serta dikatakan mempunyai kaitan dengan pembentukan gagasan baru Pakatan Nasional.

Mesyuarat berlangsung serentak hari ini melibatkan parti politik lain termasuk UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Pada masa sama terdapat sumber turut memberitahu bahawa Mohamad Azmin dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin telah keluar PKR dan pengumuman berkenaan perkara itu akan dibuat dalam sidang media yang akan diadakan setelah habis mesyuarat kira-kira jam 5 petang.

Bagaimanapun sidang media tersebut tidak berlaku sebaliknya media dimaklumkan pula sidang media khas akan dibuat pada jam 8 malam yang turut akan dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption
Play Icon

Sementara itu, pada masa sama, di Istana Negara beberapa pemimpin dilaporkan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipercayai untuk mendapat perkenan penjajaran baru politik yang diperkatakan itu.

Kira-kira jam 7 malam, media mendapat makluman bahawa Dr Mahathir tidak akan hadir ke Hotel Shareton, dan tiada sidang media yang akan dibuat oleh beliau.

Bagaimanapun media terus menunggu demi mendapatkan pengesahan berhubung spekulasi yang berlaku.

Dalam tempoh menunggu, seorang demi seorang pemimpin-pemimpin parti daripada UMNO, Pas, Bersatu dan PKR (kem Mohamed Azmin) kelihatan hadir dipercayai bagi menyertai pertemuan berlangsung pada sebelah malam.

Masing-masing 'mengunci mulut ketika diasak warga media.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M hanya senyum, tak beri komen

20 kenderaan VIP masuk Istana Negara petang ini

UMNO, Pas bincang hala tuju Muafakat Nasional

Desas-desus gabungan baharu untuk Malaysia

Naib Presiden PKR, Tian Chia dan Bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula senada dengan jawapan kekadar 'datang minum kopi'.

Pada sebelah malam, ruang legar tingkat tiga yang menempatkan dewan berlangsungnya sebuah majlis dipenuhi warga media dan penyokong-penyokong parti terlibat.

Hanya ahli parlimen yang dibenarkan masuk ke dewan tersebut. Difahamkan ia adalah Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen.

Antara yang hadir adalah pemimpin-pemimpin utama parti iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berlaku sedikit kekecohan apabila warga media terpaksa berhimpit bagi bersaing mendapatkan ruang di luar dewan ketika kehadiran pemimpin-pemimpin tersebut.

Sehingga kira-kira jam 10.30 malam, ahli-ahli parlimen yang hadir mula meninggalkan majlis sambil masing-masing hanya tersenyum ketika diasak dengan soalan media.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!