Kerajaan pintu belakang salah di sisi undang-undang: Nga Kor Ming

Nga Kor Ming -Foto Bernama
Nga Kor Ming -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming menegaskan pembentukan kerajaan pintu belakang adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan salah di sisi undang-undang.

Beliau juga berkata, pembentukan kerajaan berkenaan juga tidak sah di sisi moral kerana tanpa mendapat mandat rakyat.

“Sesiapa saja yang cuba membentuk kerajaan 'pintu belakang' tanpa mandat rakyat adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah disisi moral dan undang-undang.

“Negara kita adalah negara demokrasi berparlimen. Aspirasi dan mandat rakyat wajib dihormati oleh semua pihak,” katanya melalui kenyataan di Twitter hari ini.

Hari ini beberapa parti besar dilihat 'sibuk' mengadakan mesyuarat khas di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Bentong seolah-olah ada pengumuman penting dalam masa terdekat melibatkan gabungan politik baharu di Malaysia.

Spekulasi yang bertebaran tidak menolak kemungkinan fokus utama mesyuarat ada kaitan dengan isu peralihan kuasa Perdana Menteri selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Jumaat lalu yang sebulat suara menyerahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan bila peralihan kuasa itu akan berlaku.

Bagaimanapun pemimpin dari parti politik antaranya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Barisan Nasional (BN) dan Pas yang mengadakan pertemuan di Hotel Sheraton di Petaling Jaya malam ini bertindak kunci mulut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!