Hastag #Tun M trending di tangga teratas Twitter

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Susulan pergolakan parti politik yang melanda negara, Tun M telah trending di tangga teratas Twitter dengan jumlah 120,000 ciapan sehingga jam 10.30 pagi ini dan terus meningkat.

Nama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu trending setelah satu kejutan apabila beberapa parti besar dilihat 'sibuk' mengadakan mesyuarat khas di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Bentong semalam seolah-olah ada pengumuman penting yang akan diumumkan dalam masa terdekat melibatkan gabungan politik baharu untuk Malaysia.

Spekulasi yang bertebaran tidak menolak kemungkinan fokus utama mesyuarat ada kaitan dengan isu peralihan kuasa perdana menteri selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Jumaat lalu yang sebulat suara menyerahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan bila peralihan kuasa itu akan berlaku.

Selain Tun M, Anwar juga trending di tangga keenam 48,530 ciapan dan Azmin pula tangga ketujuh dengan ciapan 18,400 ulang kongsi daripada netizen.

Rata-rata netizen turut menggunakan semua pentas media sosial melalui Twitter, Instagram dan Facebook dengan menyuarakan pendapat dan mempersoalkan apa yang sedang berlaku ketika ini kerana masih belum ada jawapan sejak semalam.

Ucapan sokongan, rasa terharu dan doa kesihatan Dr Mahathir ke arah Malaysia baharu dizahirkan penuh kreativiti oleh rakyat pelbagai kaum serta peringkat umur.

Kata @kimyounggu, "Tiada lagi Anwar Ibrahim, Lim Guang Eng, DAP, Siti Kasim dan isu Jawi. Saya menyokong Tun M, saya doakan Tun M akan pergi dengan aman dan mendapat husnul khotimah atas kerja keras yang dilakukan demi Malaysia.

Ujar @sryidrs, "Saya tak faham apa yang berlaku pada Malaysia ketika ini tapi saya masih ingat kata-kata Tun M seperti, ‘saya nak betulkan everything that I’ve done wrongly to the country in the past’ 2 years ago' dan saya ingin mempercayai bahawa dia sedang melakukan apa yang perlu dilakukannya."

Artikel Berkaitan:

"Meremang saya baca ulang kongsi dari Twitter ini. Tum M adalah mastermind. Saya masih ingat ayah saya memberitahu saya sebelum ini bahawa hanya ada dua orang di Malaysia yang boleh meramal masa depan: Tun M dan Allahyarham Tan Sri P Ramlee," ujar @channay.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!