PH anggaplah kifarah: Idris

Idris
Idris
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berlapang dada dan menganggap perubahan landskap pentadbiran sebagai kifarah sekiranya Pakatan Nasional benar-benar terbentuk.

Ketua Pembangkang Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, selama ini dapat dilihat mereka sibuk berpolitik bermula dari hari pertama memerintah negara hingga ke peringkat kerajaan negeri.

Menurutnya, PH didakwa telah menafikan mandat yang diberikan rakyat apabila tidak berprestasi cemerlang hingga rakyat menderita akibat ketidakcekapan mereka mentadbir negara termasuk melibatkan krisis air di negeri ini.

"Bagi saya ini hukuman mereka dan sudah pasti kerajaan baharu yang akan ditubuhkan mempunyai tanggungjawab besar untuk memulihkan kerosakan yang berlaku.

"Yang pasti kita memahami kehendak dan keperluan rakyat seperti di Melaka kalau itu yang rakyat mahukan disebabkan kegagalan PH terutama dari segi pencapaian indeks negara dan negeri," katanya ditemui di Klebang Kechil di sini, hari ini.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang berkata, sebagai ketua pembangkang beliau lebih berhati-hati dan komited terhadap prestasi kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah kini berada di PMO

Anwar, Guan Eng susuli Wan Azizah ke PMO

Artikel Berkaitan:

Anwar, Wan Azizah dijadual menghadap Agong

Menteri Kabinet tinggalkan PMO

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!