DAP, PKR adakan mesyuarat susulan perkembangan politik negara
KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mulai berkumpul bagi menghadiri mesyuarat masing-masing susulan perkembangan politik tanah air dipercayai ada kaitan dengan pemerintahan negara.
PKR mengadakan mesyuaratnya di ibu pejabat parti di Petaling Jaya manakala DAP di ibu pejabatnya di sini.
Naib Presiden PKR Fuziah Saleh, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PKR Kedah Datuk Johari Abdul antara yang dilihat tiba untuk mesyuarat parti itu.
Penasihat DAP Lim Kit Siang juga sudah tiba di Pudu, lokasi ibu pejabat parti itu.
Para pemimpin utama kedua-dua parti, ahli Pakatan Harapan yang menerajui kerajaan pusat sekarang masih belum kelihatan setakat 12 tengah hari.
Setakat 12 tengah hari, difahamkan mesyuarat kedua-dua parti itu masih belum bermula lagi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!