'Semuanya berpunca dari PH sendiri'

Kenyataan Anuar berhubung isu berkenaan.
Kenyataan Anuar berhubung isu berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kemelut politik yang berlaku hari ini berpunca daripada Pakatan Harapan (PH) sendiri, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa.

Beliau berkata, segalanya berpunca dari sifat takabbur, sombong dan rakus PH.

"Usah salahkan orang lain. Jangan lupa, bukan mereka dalam kerajaan saja ada mandat rakyat. Bukan LGE, LKS, MS, KS, DSAI saja.

"Kami pembangkang juga ada mandat. Kerajaan itu campuran, bukan mutlak mana-mana parti,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Menurutnya, dalam situasi itu hanya terdapat dua pilihan sama ada bubar Parlimen atau bentuk kerajaan baharu sekiranya mandat mencukupi.

"Bila formula kamu runtuh, tiada pintu depan atau belakang. Kami ada pilihan sama ada membakarnya atau hulur tangan bina baru.

"Kami harus fikir mana terbaik untuk rakyat. Pemimpin mahu terus sombong atau bercakaran atau kita stabilkan dan bekerja untuk rakyat. Kemudian kita kembali pada rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!