Azmin, Zuraida dipecat dari PKR
PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dipecat keanggotaan parti berkuat kuasa, hari ini.
Keputusan berhubung pemecatan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini.
Menurut Saifuddin, pemecatan dua pemimpin kanan PKR itu kerana 'pengkhianatan terbuka' yang dilakukan.
“Akibat pengkhianatan terbuka yang dipimpin beberapa dalang utama, ia menyebabkan keadaan yang boleh menjejaskan kerajaan PH.
"Jadi, ia membawa kesan kepada ekonomi dan politik seperti yang kita tengok hari ini, ringgit dan Bursa jatuh dan sebagainya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu umum keluar Pakatan Harapan
“Oleh demikian, MPP atas keputusan secara konsensus, tak ada suara yang berbeza, telah ambil ketetapan, Azmin dan Zuraida dipecat dari keahlian serta merta,” katanya pada satu sidang media, di sini hari ini.
Bagaimanapun Mohamed Azmin dan Zuraida katanya masih boleh merayu seperti biasa, namun ia terpulang kepada keputusan Lembaga Rayuan.
Tambah Saifuddin, beberapa pemimpin PKR yang dilihat bersubahat dengan Mohamed Azmin dan Zuraida akan diberikan surat tunjuk sebab.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!