Gaji RM5,000 sudah boleh memiliki rumah Makmur Pahang

Abdul Rahim menjelaskan rakyat boleh memiliki rumah mampu milik menerusi rumah Makmur Pahang pada Sidang Dun, hari ini.
Abdul Rahim menjelaskan rakyat boleh memiliki rumah mampu milik menerusi rumah Makmur Pahang pada Sidang Dun, hari ini.
A
A
A
KUANTAN - Syarat hak kelayakan untuk memohon skim Rumah Makmur Pahang pada kadar pendapatan ditetapkan sebanyak RM5,000 bagi membolehkan rakyat memiliki kediaman sendiri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Abdul Rahim Muda berkata, individu yang tidak mempunyai penyata gaji bulanan boleh mendapatkan pengesahan pendapatan melalui Penghulu Mukim masing-masing.

"Skim ini (Rumah Makmur Pahang) diperkenalkan kerajaan negeri oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bagi menampung permintaan terhadap rumah mampu milik.

"Ia adalah kesinambungan daripada projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan PR1MA Pahang. Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri memastikan lebih ramai rakyat di Pahang memiliki rumah sendiri dalam usaha memakmurkan dan memberikan keselesaan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Datin Samsiah Arshad (BN-Bukit Ibam) yang mahu penjelasan mengenai projek Rumah Makmur Pahang diperkenalkan kerajaan negeri pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dun Pahang Ke-14, hari ini.
Artikel Berkaitan:


Dalam sidang itu, Abdul Rahim berkata, kelulusan pembiayaan adalah tertakluk kepada institusi kewangan yang mengendalikan pinjaman.

Bagaimanapun, menurutnya, kerajaan negeri sedang mencari jalan untuk memudahkan permohonan dan pembiayaan bagi setiap pemohon yang berminat untuk memperoleh skim perumahan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!