BNM pantau situasi pasaran kewangan
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) memantau dengan rapat situasi pasaran kewangan susulan perkembangan terkini dalam landskap politik negara.
“Meskipun pergerakan ringgit akan terus ditentukan pasaran, operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai mencukupi dan keadaan pasaran kewangan yang teratur,” kata bank pusat dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada 5 petang ringgit diniagakan pada 4.2230/2270 berbanding dolar AS. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!