ADUN Duyong tulis surat bagi pihak pelajar tak mampu bayar yuran sekolah

Surat tulisan tangan memohon penangguhan yuran sekolah bagi pihak seorang pelajar di kawasan DUN Duyong yang dimuat naik Mohd Noor Helmy di Facebook.
Surat tulisan tangan memohon penangguhan yuran sekolah bagi pihak seorang pelajar di kawasan DUN Duyong yang dimuat naik Mohd Noor Helmy di Facebook.
A
A
A

MELAKA - Mendapat tahu ada pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang tidak mampu menjelaskan yuran bagi sesi persekolahan baharu hingga bimbang dimarahi guru, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mengambil inisiatif menulis surat kepada pengetua sekolah terbabit.

Surat yang ditulis tangan dan diberikan kepada pelajar terbabit, dimuat naik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu di akaun Facebook miliknya.

Terdahulu, beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi Inovasi dan Komunikasi Digital turut dimaklumkan bahawa pelajar berkenaan turut tidak mampu membeli pakaian sekolah baharu.

Katanya, beliau membantu menulis surat kepada pengetua sekolah bagi memaklumkan situasi yang dihadapi individu itu, sekali gus memohon penangguhan bayaran yuran.

"Disuruh ke sekolah je dulu, tak dipercayanya. Takut cikgu marah. Cikgu pun manusia ler. Ada hati perut kecuali ko ni dah selalu mengakal cikgu-cikgu," tulisnya.

Jelas beliau, surat itu bukan untuk rujukan pihak sekolah secara formal namun ditulisnya bagi memberikan keyakinan kepada pelajar terbabit supaya pergi ke sekolah, sekali gus mengelak dia dimarahi guru.

"Tapi buat yakinkan anak-anak ni ko pergilah daftar sekolah dulu. Nanti acik waibee ko ni selesaikan yuran dengan baju sekolah," tulisnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!